Wednesday, 29 October 2014

Jom Belajar ~ Bantuan Kecemasan Awal DRCAB & Cara Membuat Panggilan Kecemasan ~


DEFINISI
  • Satu tindakan bantuan kecemasan awal yang diberikan kepada mangsa bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasannya untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius sebelum bantuan sebenar tiba.

CLINICAL DEATH (KEMATIAN KLINIKAL)

  • Terhenti pernafasan dan denyutan jantung seketika.( Dalam masa 0-4 minit, harapan pulih 25-30%).

BIOLOGICAL DEATH (KEMATIAN BIOLOGI)

  • Kematian sebenar berikut kekurangan oksigen ke otak dan sel-sel otak mati dan mangsa akan mengalami proses kematian sebenarnya.( Selepas 4 minit, harapan pulih 5-10%).

PUNCA PERNAFASAN TERHENTI
  • Lemas
  • Keracunan Makanan
  • Tercekik
  • Strok
  • Renjatan Elektrik
  • Terhidu Asap beracun
  • Radang Salur pernafasan yang menyebabkan ia tersumbat.

PUNCA JANTUNG TERHENTI
  • Sakit Jantung.
  • Jantung bengkak.
  • Denyutan dan rentak jantung tidak normal.

PERINGKAT KEMATIAN
  • Jantung dan paru-paru gagal berfungsi.
  • Sel-sel otak menggunakan saki baki oksigen yang ada.
  • Kematian klinikal / tiada lagi saki bagi oksigen.
  • Sel-sel otak mula mati.
  • Semua sel-sel otak telah mati.
  • Kematian biologikal.
999

PANGGILAN KECEMASAN - 999
  •           Nama anda yang membuat panggilan.
  •          Jenis kecemasan yang berlaku.
  •          Jumlah mangsa yang terlibat dengan kejadian kecemasan.
  •           Tempat berlakunya kejadian kecemasan.
  •          Minta bantuan segera tiba.


PROTOKOL C.P.R 2010
  • D - DANGER
  • R - RESPOND
  • C - CHEST COMPRESSION
  • A - AIRWAYS
  • DANGER
  • B - BREATHING

DANGER / BAHAYA
  • Periksa kawasan persekitaran untuk menghindarkan sebarang bahaya yang boleh
    mencederakan diri anda sendiri ataupun mangsa tersebut. 


RESPOND

  RESPOND / TINDAK BALAS

  •   Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran.“Encik..Encik..kenapa ni”?Jika tiada reaksi, ini bermakna mangsa itu memerlukan pertolongan kecemasan. Aktifkan E.M.S.





CIRCULATION / PERIKSA NADI
    CIRCULATION
  • Periksa mangsa untuk denyutan jantung dengan meletakkan dua jari anda pada nadi karotidnya selama 10 saat.
Jika tiada nadi lakukan :

COMPRESSIONS / TEKANAN DADA
  • Mulakan tekanan di atas dada Dengan 30 Tekanan dan 2 Hembusan sebanyak 5 kitaran bagi yang mahir atau 100 tekanan seminit bagi yang tidak mahir.
AIRWAY


   AIRWAY/SALURAN PERNAFASAN HEAD TILT CHIN LIFT
  •    “Angkatkan dagu dan donggakkan kepala” bagi membuka saluran pernafasan mangsa.
  •    Jika terdapat benda asing, sila keluarkan dari mulut mangsa untuk memudahkan pernafasan mangsa.



BREATHING

BREATHING/PERNAFASAN
  • Periksa nafas mangsa dengan meletakkan bahagian pipi anda di kawasan antara hidung dan mulut mangsa dan mata anda memandang tepat kearah dada mangsa untuk melihat sama ada berlaku pergerakkan atau tidak.
  • Jika tiada pernafasan berlaku, berikan 2 hembusan pernafasan mulut ke mulut. Tiup ke dalam mulut mangsa perlahan-lahan sehingga anda dapat melihat dada mangsa naik setiap hembusan.

C.A.B TIDAK BOLEH DILAKUKAN KEPADA
  • Mangsa yang lemas didalam air
  • Mangsa yang terhidu Gas Karbon monoxide atau Gas beracun
  • Penderita asthma
  • Mangsa yang mengambil ubat-ubatan secara berlebihan
  • Mangsa yang telah disahkan mati lebih dari ½ jam.
  • Mangsa yang memakai gelang DNAR (Do Not Attemp Resuscitation)

KEPADA SIAPA C.A.B. HARUS DILAKUKAN
  • Mangsa yang mengidap sakit jantung atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan jantung.
  • Mangsa tyang baru tidak sedarkan diri.
  • Mangsa yang baru lepas mengalami serangan jantung.
  • Mangsa tidak diketahui punca pengsan dan tiada respon secara tiba-tiba.

MASALAH YANG TIMBUL SEMASA CPR DILAKUKAN
  • Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk.
  • Kecederaan serius akan berlaku pada bahagian dalaman di kawasan dada (paru-paru, limpa) sekiranya tulang rusuk patah.
  • Berlaku pendarahan dalaman.

2 comments:

  1. assalamualaikum cikgu..boleh tak saya nak video yg cikgu post tu
    sbb saya kene buat presentation ttg drcab dn video yg cg buat sgt jelas dan sesuai utk ditayangkan kpd students lain
    boleh ke cikgu saya dpt kan video cg tu?

    ReplyDelete
  2. The King Casino
    The king casino in Oklahoma offers a wide jancasino variety 토토사이트 of games. The casino offers gri-go.com several slots, poker, blackjack, and live games to choose from. We communitykhabar will also casino-roll.com

    ReplyDelete